Thursday 5 January 2017

Penyimpanan Hasil Pertanian

Penyimpanan Bahan Mentah

Penyimpanan bahan mentah adalah merupakan sebarang tempat untuk penyimpanan hasil  pertanian, baja, bijian dan bekalan yang berkaitan dengan kemudahan pertanian yang digunakan untuk mencegah kerosakan atau untuk penyimpanan sementara ketika pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan (permintaan).

Tujuan utama bijian disimpan secara baik di dalam stor adalah untuk menjaga kualitit dan cirri-ciri bijian selepas daripada aktiviti penuaian dan pengeringan.

Tempoh penyimpanan bergantung kepada ;
  • ·       Keperluan pengguna
  • ·       Keupayaan pengilangan bagi memproses bahan simpanan

Dari aspek ekonomi, stor digunakan sebagai stok untuk tujuan bekalan atau untuk mengekalkan harga. Sementara dari aspek pengilang stor adalah sebagai pusat simpanan bahan-bahan.
Stor penyimpanan bijian sangat baik jika ianya sentiasa kering, sejuk dan bersih. Kehilangan bijian tahunan daripada penuaian kepada penggunaan bahan (bahan akhir) adalah dianggar sebanyak 10% dari jumlah pengeluaran. Lebih kurang separuh dari kehilangan ini berlaku ketika aktiviti penuaian, selebihnya adalah semasa penyimpanan. Kehilangan ini boleh dikurangkan dan dalam kes penyimpanan ianya boleh dikurangkan melalui pengamalan penyimpanan yang baik iaitu setiap stor mestilah mempunyai system pengudaraan yang baik dan berkesan.

1.2 Perubahan Yang Berlaku Terhadap Bahan Yang Disimpan

i. Perubahan Kimia
  • ·       Perubahan kimia yang berlaku disebabakan oleh kandungan lembapan (MC) dan suhu (T).
  • ·     Dua factor ini dapat mempengaruhi  hasil simpanan yang juga akan mentukan kualiti bahan yang disimpan.
  • ·       Antara contoh perubahan kimia yang sering berlaku adalah seperti perubahan pada kandungan asid lemak, enzim, warna, vitamin dan sebagainya.

ii. Perubahan Kadar Percambahan

·   Benda-benda hidup seperti bijian, buah-buahan dan sayuran perlu melakukan proses pernafasan sepanjang masa ianya disimpan.
·       Kuantiti haba yang dibebaskan bergantung kepada kandungan lembapan dan suhu bahan.
·       Keadaan ini akan menyebabkan susutan kadar percambahan (viability) biji yang disimpan.
·   Untuk mengurangkan masalah ini, sistem pengudaraan yang baik perlu disediakan pada sesebuah stor simpanan bijian untuk memindahkan haba yang berlebihan.

iii. Perubahan Kandungan Mikro-organisma

  • ·     Bila kandungan lembapan bertambah dan keadaan haba yang sesuai ianya akan menyebabkan mikro-organisma akan cepat membiak.
  • ·       Ini akan menyebabkan pembentukan kulat dan yis mudah berlaku.
  • ·       Kesannya ialah bijian yang disimpan akan menjadi busuk dan rosak.


iv. Perubahan Populasi Serangga Perosak

  • ·Populasi serangga perosak akan dipengaruhi oleh suhu dan kelembapan sesuatu tempat simpanan.
  •  Pada keadaan yang lembap, ia amat sesuai sebagai tempat pembiakan serangga perosak seperi lipas, tikus, ulat dan sebagainya.
  • Kesannya ialah bijian yang disimpan akan rosak.
1.3 Parameter yang terlibat dalam Penyimpanan

i. Kandungan Lembapan
  • ·      Kandungan lembapan adalah kandungan air yang dimiliki oleh sesuatu jasad atau yang terdapat dalam sesuatu bahan.
  • ·       Kandungan lembapan diukur dalam unit %

ii. Lembapan Relatif (RH)
  • ·       Lembapan relatif (RH) ialah nisbah jumlah wap udara yang terlibat dalam atmosfera pada suhu spesifik dengan jumlah maksimum udara pada suhu tertentu.
  • ·       Ianya diukur dalam unit %.
  • ·       RH ditentukan oleh suhu dan MC diudara. Bila suhu tinggi pada keadaan MC yang tetap maka RH akan menjadi rendah.
  • ·   Udara yang mengandungi RH yang rendah adalah sangat berkesan untuk tujuan proses pengeringan.
  •       RH adalah berkadar terus dengan MC dan berkadar songsang dengan suhu.
  • ·       Bila suhu meningkat sebanyak 10 celcius akan menyebabkan lembapan relative (RH) menurun seabnyak 1%.
  • ·       Kadar RH di Malaysia adalah diantara 70-80%.
  • ·       Jadual 1.1 di bawah menunjukkan nilai keseimbangan MC (pada suhu 27 celcius) pada 70 %  RH bagi berbagai jenis tanaman.
  • ·       Nilai kandungan MC ini adalah nilai selamat untuk penyimpanan.

Jenis Tanaman
EMC pada 70 % RH
Jagung
Gandum
Beras
Padi
Kacang tanah (berkulit)
Kekacang
Biji Koko
Kopra (kelapa Kering)
Biji Sawit
13.5
13.5
13.0
15.0
7.0
15.0
7.0
7.0
5.0

Jadual 1.1 : EMC pada 70% RH

  • ·       MC yang sesuai untuk penyimpanan bagi tanaman haruslah berada pada tahap 1-2% di bawah daripada yang disenaraikan dalam jadual 1.1.
  • ·       Kandungan lembapan yang maksimumsemasa penuaian ialah diantara 20 – 23%.

iii. Corak Keseimbangan antara MC dan RH

  • ·  Semua hasilan pertanian mempunyai cirri-ciri keseimbangan di antara lembapan yang dikandunginya dengan wap air yang terdapat dalam udara.
  • ·       Ini dikenali sebagai “MC/RH equilibrium pattern” (EMC).
  • ·   Konsepnya ialah bila bijian yang mengandungi lembapan yang tertentu didedahkan kepada udara, lembapan akan mengalir keluar/masuk sehingga berlaku EMC dalam bijian dan udara.
  • ·     Pengaliran keluar lembapan dari bijian kepada atmosfera berlaku bila tekanan wap air dalam bijian (TW 1) melebihi tekanan wap air dalam atmosfera. Gambarajah 1.1 di bawah menunjukkan proses tersebut.
  • ·       Bila tekanan wap air bertambah maka RH juga akan bertambah.



                                                        Atmosfera TW 2

Gambarajah 1.1 : Pengaliran keluar lembapan dari bijian.


iv. Kecerunan Lembapan (Moisture Gradient)

  • ·       Ialah merupakan perubahan atau perbezaan lembapan antara bahan bijian dengan atmosfera.
  • ·       Ianya berkaitan dengan kelembapan bahan bijian dan kelembapan udara.
  • ·       Ia juga berkaitan dengan perubahan suhu iaitu naik atau turunnya suhu.


v. Pergerakan Lembapan (Moisture Migration)
  • ·       Merupakan pergerakan lembapan dari kawasan suhu tinggi kepada kawasan suhu rendah.
  • ·    Pergerakan lembapan terjadi disebabkan oleh perubahan suhu dalaman dan luaran dalam stor yang membawa bersama lembapan.
  • ·   Pergerakan lembapan akan tetap berlaku walaupun bijian tersebut disimpan pada MC yang selamat dalam storan.

·       Pergerakan Lembapan berlaku disebabakan oleh beberapa faktor seperti :
-       Kandungan lembapan yang tinggi ketika mula menyimpan.
-       Struktur stor yang tinggi digunakan dengan sistem pengudaraan yang tidak sempurna.
-       Perbezaan yang ketara diantara suhu atmosfera dan suhu dalam bijian.
-       Hasil bijian disimpan semasa cuaca panas dibandingkan dengan sejuk.


vi. Penumpukan Lembapan  (Moisture Accumulation)

  • ·       Berlaku apabila udara didalam storan lebih panas daripada cuaca diluar storan.
  • ·   Gambarajah 1.2a menunjukkan pergerakan lembapan (arus udara) dari bijian panas kepada kawasan sejuk di atmosfera.
  • ·       Gambarajah 1.2b pula menunjukkan pergerakan lembapan (arus udara) dari atmosfera kepada bijian sejuk.

 

        Gambarajah 1.2b : Pergerakan lembapan dalam storan

·  Faktor yang boleh meningkatkan berlakunya perolakan udara pada umumnya disebabkan oleh pergerakan udara melalui bijian untuk mengekalkan suhu seragam dan secara mengurangkan peralihan suhu pada permukaan hasilan(bijian) bagi mengurangkan perolakan dan resapan.
·     Peningkatan lembapan dalam keadaan perubahan suhu yang mendadak menyebabkan perolakan udara tinggi berlaku.

1.4 Pencegahan Penumpukan

Penumpukan lembapan boleh dicegah dengan cara menggerakkan udara melalui bijian untuk mengekalkan suhu yang seragam .

Terdapat beberapa kaedah untuk mencegah penumpukan lembapan. Antaranya ialah :

  1. Pengalihudaraan Semulajadi (Natural Ventilation)

·     Kaedah ini menggunakan kelajuan angin yang bergerak melalui bijian sama ada dengan menggunakan saluran atau tidak.
·       Oleh itu kesan yang disebabkan oleh pemanasan semulajadi boleh dikawal.

(a)Pengalihudaraan Mekanikal (Mechanical Ventilation)

·       Kaedah ini menggunakan kipas dan susunan saluran yang sesuai di mana udara boleh digerakkan menerusi hasilan.
·       Tujuannya ialah untuk mengekalkan suhu sejuk bijian.
·       Hanya udara secukupnya perlu digerakkan untuk mengekalkan suhu sejuk seterusnya dapat menghalang berlakunya penumpukan lembapan.

(b)  Memindahkan Bijian
·       Dipraktikkan secara komersial.
·       Prinsipnya ialah bijian digerakkan atau dipindahkan mengikut tempoh tertentu seperti setiap 3 minggu.
·  Kos untuk menyediakan peralatan tambahan seperti penggunaan penyangkut (conveyor), pengangkut (elevator), pertambahan kawasan storan dan kerosakan pada bijian menyebabkan kos untuk mengawal penumpukan lembapan lebih tinggi daripada kos untuk menyediakan sistem pengalihudaraan.

(c) Mengacau Permukaan Bijian
·       Permukaan bijian dikacau bagi mengelakkan berlakunya penumpukan lembapan atau bijian rosak.
·   Kandungan lembapan bijian yang hamper dengan atmosfera adalah lebih rendah kandungan lembapannya bagi bijian di bawah permukaan.

(d) Menggerakkan Udara Panas
·    Dengan cara menggerakkan udara panas melalui bijian, kandungan lembapan akan dapat dikurangkan kepada tahap yang lebih rendah daripada tahap yang sesuai untuk storan.

(e) Penutupan Permukaan Bin/Silo
·  Tujuannya adalah bagi mencegah perubahan yang besar terhadap suhu dan bagi mengekalkan bijian dari panas dan sejuk yang melampau.
·    Ketidakseimbangan yang besar suhu bijian dan bahan bangunan dapat dikurangkan dengan menggunakan permukaan yang bersifat “low absorption” (penyerapan haba yang rendah) pada siang hari.
·       Permukaan yang memancar haba yang rendah pada waktu malam dapat mengurangkan permukaan dari sejuk melampau iaitu melebihi suhu udara bila cuaca elok.

·       Permukaan yang menyerap haba kurang pada siang hari dapat menghalang permukaan daripada meningkatkan kepanasan melebihi suhu udara dalam cuaca yang elok.

No comments:

Post a Comment