Monday, 26 December 2016

PENGGREDAN PERTANIAN

PENGGREDAN PERTANIAN
Definisi :
Penggredan ialah proses memilih atau mengasingkan bijian mengikut kumpulan mutu iaitu mengikut pengkelasan piawaian yang telah ditetapkan.

1.0 Peraturan Penggredan Pertanian 2000-FAMA

Peraturan ini digubal oleh FAMA adalah untuk
  1.  Memastikan semua hasil pertanian adalah digred, dibungkus dan dilabelkan sebelum ianya dipasarkan (pasaran dalam Negara atau dieksport).
  2.  Memastikan hasil pertanian (buah-buahan) yang dieksport telah diperiksa dan mendapat sijil perakuan (Sijil Gred) daripada Lembaga (Rujuk Peraturan Pengeksportan Buah-buahan 1990).




Peraturan ini perlu dipatuhi oleh :
  • Pengeluar
  • Pengumpul
  • Pemborong
  • Pengeksport
  • Pengimport


Komoditi yang diwajibkan kepada komoditi berikut :
  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan
  • Bunga-bungaan



1.1 Syarat-syarat Khusus Peraturan

Peraturan Penggredan
Keluaran pertanian hendaklah digred mengikut ketetapan yang ditentukan oleh Lembaga (Manual). Gred perlu dinyatakan pada label bungkusan.

Peraturan Pembungkusan
-Bahan pembungkusan adalah memberi perlindungan maksimum kepada hasil.
-Bahan pembungkusan tidak memudaratkan kesihatan pengguna.
-Bungkusan mengandungi hasil/gred yang sama.
-Berat setiap bungkusan hendaklah tidak melebihi 30kg.
-Mempunyai saiz yang bersesuaian.
-Bungkusan untuk tujuan eksport perlu ditanda “Produce of Malaysia”.

Peraturan Perlabelan
-Melabelkan bungkusan hasil pertanian.
-Jenis hasil pertanian dikenakan label-semua jenis hasil pertanian (sayuran,bungaan dan buahan)


1.3 Jenis mesin penggredan mengikut jenis hasil pertanian

Terdapat tiga jenis mesin penggredan yang biasa digunakan di dalam industri pemprosesan pertanian. Antaranya ialah
  • Meja Graviti
  • Mesin Pemisah Pilin (Spiral Separator)
  • Alat Pemisah Silinder Berlekuk (Cylinder Separator)


1.3.1     Meja Graviti

Alat ini adalah sangat berguna dalam pemprosesan bahan bijian. Ia menghasilkan pengasingan berasaskan kepada perbezaan sifat-sifat gravity bijian.

   



1.3.2 Mesin Pemisah Pilin (Spiral Separator)

Mesin ini sangat berguna bagi mengasingkan bijian berasaskan kepada kepada kebulatan bijian. Ini adalah sangat berkesan untuk mengasingkan bijian seperti kacang di mana untuk mengasingkan kacang yang baik (bulat) daripada kacang yang sudah pecah (leper). Mesin ini sangat berguna dalam pemprosesan kacang soya, kacang hijau dan kacang tanah.



1.3.3     Alat Pemisah Silinder Berlekuk (Cylinder Separator)

Pemisahan dilakukan berdasarkan kepada panjang bijian. Alat pemisah silinder mengandungi silinder  mendatar yang berputar dan memiliki lekuk di sebelah dinding dalam silinder.




Lekuk ini berbentuk hemispherical dan ia berfungsi untuk mengangkut bijian hingga ke paras ketinggian yang sesuai sebelum ianya jatuh kepada hujung sisi pemisah. Untuk mendapatkan prestasi pemisahan yang optimum, hujung sisi pemisah hendaklah diselaraskan. Semakin tinggi sisi pemisah, semakin kecil garis pusat bijian yang akan dipisahkan. Kelajuan silinder adalah factor penting dalam proses pemisahan kerana ia berkaitan secara langsung dengan daya empar (centrifugal force). Daya inilah yang akan membolehkan bahan bijian tersebut berada dalam lekuk sehingga ianya jatuh pada ketinggian tertentu. Semakin laju putaran silinder iaitu semakin besar daya empar, semakin tinggi bahan bijian akan diangkat.

No comments:

Post a Comment