Monday, 26 December 2016

Pembersihan Pertanian

PEMBERSIHAN PERTANIAN

Definisi pembersihan:

Pembersihan adalah merupakan salah satu aktiviti pemprosesan pertanian untuk membuang atau mengasingkan bendasing/kotoran daripada bijian. Ianya juga boleh boleh dijalankan  secara membasuh, pungutan tangan dan sebagainya.

1.1 Ciri-ciri yang sering digunakan dalam pembersihan
  • Saiz (lebar, tebal)
  • Panjang
  • Ketumpatan dan berat
  • Bentuk
  • Tekstur dan warna (jarang digunakan)




1.2 Kaedah Pembersihan Basah (Wet Cleaning Methods)

Kaedah ini berkesan untuk membersihkan tanah atau kotoran yang melekat pada bijian/hasilan tetapi kaedah ini memerlukan kuantiti air yang banyak.


1.2.1 Merendam (Soaking)

Ianya adalah merupakan kaedah yang paling ringkas bagi membersih kotoran dan digunakan pada peringkat permulaan seperti membersih akar sayuran dan sebagainya. Tanah dan lain-lain bahan yang melekat pada bijian/hasilan akan dibuang dahulu di mana ia mungkin akan merosakkan mesin yang akan digunakan pada tahap yang lain. Kaedah ini biasanya digunakan bersambung dengan lain-lain kaedah seperti “pre-cleaning”. Tangki merendam biasanya diperbuat daripada konkrit atau bahan yang sesuai untuk membersih. Pembersih jenis ini sesuai untuk kentang, keledek, pear dan oren.


1.2.2 Menyembur Air (Spray washing)

Kaedah ini digunakan secara meluas untuk membersih permukaan bahan bijian/hasilan.
Kecekapan menyembur bergantung kepada;       
  • Tekanan kerja air
  •  Isipadu air
  • Suhu air
  • Jarak antara bijian/hasilan dan muncung
  • Tempoh menyembur


1.2.3 Gelendung Berputar (Rotary Drum Washer)

Pembersih ini biasanya untuk membersih bijian secara komersial kerana
  • ·       Ringkas
  • ·       Kapasiti tinggi
  • ·       Pembersihan yang menyeluruh
  • ·       Kerosakan yang minimum kepada bijian/hasilan

Ianya boleh digunakan dalam bekas air atau dengan cara menyembur atau kedua-duanya sekali. Alat ini sesuai untuk membersih buahan dan sayuran. Alat bantuan seperti muncung penyembur boleh digunakan untuk membantu pembersihan.

Masa untuk membersih ditentukan oleh “pitch of drum” (jarak gigi). Kadar pembuangan kekotoran daripada bijian bergantung kepada ;
  • ·       Kelajuan pusingan drum
  • ·       Kekasaran permukaan
  • ·       Tempoh membersih


1.2.4 Pembersihan Berus (Brush Washer)

Berus berputar  digunakan secara meluas dan sangat berkesan untuk mengeluarkan tanah atau pasir daripada bijian/hasilan. Ia menggunakan berus nylon untuk mengelakkan permukaan buahan rosak. Kaedah ini sesuai untuk buah tembikai. Berus berputar akan memutarkan buahan/hasilan dan menghantarnya melalui mesin pembersih di mana ianya dibersihkan daripada sebarang kotoran. Berus diperbuat daripada bahan seperti “fibre”, getah, “sponge’ atau lain-lain bahan dan mestilah boleh ditukar ganti.

1.2.5 Pembersihan Goncang (Shake Washer)


Pembersih ini beroperasi dengan cara pergerakan membalikkan bahan/hasilan dengan kuat (vigorous vibrating motion). Pembersihan biasanya dibina secara tidak sekata dan dikendalikan secara berhati-hati supaya dapat mengurangkan kerosakan bahan/hasilan. Ianya sesuai untuk kerja-kerja pembersihan yang sukar tetapi tidak sesuai untuk bahan yang mudah rosak. Biasanya ia termasuk dalam aktiviti pengisihan. Oleh itu ia dapat mengasingkan kotoran seperti cebisan daun, tangkai dan sebagainya dari bahan/hasilan.

No comments:

Post a Comment